Thursday, November 19, 2009

Hujan


Seperti yg semua tahu , skrg nih kan musim hujan. Biasala hujung tahun mmg begini , tapi yg paling kesian kat negeri negeri yg mengalami hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir. Sebenarnya time mcm nih la kite di Uji oleh Maha Pengcipta. Redo sahaja la dgn ketentuan Nya. Post kali ni bukan nak berceramah , just nak share pandangan aku ngan korang.
Selalu kalu hujan
mesti org akan kata :


"Ala ujan lah, mcm mane nak balik nih. Mesti basah.Huhh!!"

"Hisshh, ari ari hujan! mcm mane nak jemur kain kalu mcm nih."

"Hujan la plakkk, aku baru basuh kete. Rugi betul lah!"

"Kalu mcm nih la hari hari , demam la aku. Adoi!!"


Kenape nak bising kalu hujan? Hujan itu kan RAHMAT (bkn bpk hana lah!)
Aku pun selalu mengeluh bile hujan, tpi bile di pk kan balik.
Kenape aku perlu kecoh ?
kenape aku perlu bising ?
kenape aku perlu bengang?

Hujan je punn, kan??
So.....
Kalu basah , biarkan je lah.
Kalu kain tak kering , jemu je lah dlm rumah.
Kalu kereta baru cuci, cuci je la sekali lah.
Kalu demam , makan je lah ubat.
Susah sangat ke??


Aku ulang sekali lagi,
Hujan itu Rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan Rahmatnya (iaitu Hujan) , hingga apabila angin itu membawa awan mendung,Kami halakan ia di negeri yg mati (ke daerah yg kering kontang),lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan air hujan dengan awan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) org org yg telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pengajaran daripadanya) " Al-A'raf:57

Persoalannya disini,penah tak kita bebangga dan bersyukur kerana dengan ada nya hujan lahh dapat menyuburkan tanaman yg kite makan , dapat membersihkan udara yg telah tercemar dan hujan juga lah yg membekalkan air di empangan.

dan juga penah ke kite dgr kan ayat ini "Hujan malam tadi best doe, lena gile tido"
Mengapa taksalah kan hujan??

*diam seketika


Dan aku akan gunakan ayat itu skrg !

"Malam tadi aku tido lena gile , semua disebabkan Rahmat yang Allah turunkan dimuka bumi ini .Disebabkan terlalu lena, sampaikan aku terlajak dan seterusnya lewat ke tempat keje"

HAHAHA. Poyo kan ayat, mmg minta pelempang je ! :DD
Hellooo aku tak salah kan hujan,aku salah kan diri aku sendiri lah sbb lena! :) Ok ok cerita hujan da abis , takkan korang nak aku nyanyi lagu Sudirman lakkk..


"Hujan yg turun bagaikan mutiara ,
berkilau bersinar berkelipan ,
Subur menghijau bumi terbentang ,
dan bayu bepuput lembut."


Okayh sikit sudah :D Arini even lambat ,mood aku appy sedikit. Tak tahu kenape , barangkali sbb aku rasa tenang kot? Semalam kena hujan , makan ubat , tido. Bayangkan la , pkul 930 aku da tido, awal kann?? Tapi blh lewat jugakkk. Tah! no comment .Lepas touch up cikit sebanyak dlm kete , mula la aku snap snap gambar. Ternyata mood mmg baik hari nih , semua gambar nampak cantek je. *perasan sekali sekala*


Lunch hour kali ni ada org belanja , Ye ye En. Nazifi lagi . Kali ni kami makan kat Pizza Hut (TTDI) . Best ouh dapat makan free , mmg aku bedal sungguh sungguh la, sorry aku bukan hipokrit! :) Kiraan makan tadi ; Pizza 3 , Ayam BBQ 2 , Mushroom soup , and Prawn banyak gilee. Mane tak montel kan badan aku , keje kat sini makan makan makan je keje aku , pastu online online online je . HAHAHA !! Sebenarnya ini semua sbb kemenangan Megatron lah, walaupun tempat ke2 kan, kire okayh lahh ada tajaan makanan! :)


Petang nih ada training netball plak kat Sport Barn, Aku taknak main! tak reti, nak jadi POMPOM GIRL je blh?HEHEE . Mesti semua bengang kan, ala relax lah. Aku bagi sokongan jugakk kan, lain la kalu aku tak dtg. Senyum semua ahli Megatron :)

*Tu lah dulu time kt sekolah org suruh aktif sukan takmo,nak jugak acara panjat pagar sekolah.Sekarang semua tak tahu! Padan muka la kannn.

Ini plak salah satu KELAHIRAN BARU YASMIN GROUP ; REACH COLLEGE .Kolej ini menawarkan bidang kejururawatan , yang selebihnya aku tak berape pasti lah. Sebagai permulaan kolej ini , GM nak buat satu testing la tok staff staff Yasmin Group, semua nya FREE just hadirkan diri je. Check darah lah , tengok ada sakit apa lahh. Tapi aku malas nak pegi lah,blh kan ? Bukan wajib pun! Takmo aku, kang aku tahu aku ada penyakit susah kang, jenuh aku memikirkan plak! Elok la aku taktahu, terus je mati. Senang cerita :DD



Mood = Insaf :P

2 comments:

Anonymous said...

besh sgt citer neh.
i like
u ma inspiration lyn
btl kew i eja.
hahaha.
i suke semua citer u lam blog.
best bangat.
luv u.mwah2


aten

Anak Bongsu Cik Shukor && Cik Noni said...

haha :)
apa yg bestnya.
sengal la u ni.
tkmo puji puji la.
ini rutin i je.
:DD

thanks for reading syg.