Wednesday, December 9, 2009

LOVE TO TALK!

Kebanyakan lelaki tidak tahu bahawa bagi perempuan, aktiviti bercakap-cakap adalah amat penting, ia seerti dengan berkasih mesra. Bagi perempuan, berkasih sayang adalah bercakap-cakap. Tidak mahu bercakap-cakap bermakna tidak berkasih dan tidak bersayang.Tetapi lelaki tidak tahu bahawa persepsi yang begiitulah punca yang mendorong perempuan sangat memerlukan aktiviti bercakap-cakap dan berbual-bual dengan pasangan mereka.Bagi perempuan, bercakap-cakap tentang perkara-perkara yang tidak penting adalah amat penting!Bagi lelaki pula, banyak bercakap-cakap tentang perkara yang tidak penting cuma membuang masa sahaja, oleh itu tidaklah perlu dilayan.

Kebanyakan perempuan tidak tahu bahawa lelaki bukannya tidak suka bercakap-cakap. Sebenarnya, lelaki lebih menghargai kedamaian da
n ketenangan daripada bercakap-cakap perkara yang bagi mereka tidak penting.Lelaki sanggup berbuat apa sahaja asalkan mereka boleh mendapatkan kedamaian dan ketenangan.Itulah sebabnya lelaki suka perempuan yang membenarkan mereka duduk diam-diam sahaja sambil membaca surat khabar ataupun menonton tv di rumah, tak perlu bercakap-cakap.Tetapi bagi perempuan, apabila lelaki tidak mahu bercakap-cakap dengannya, mereka menganggap si kekasih tidak peduli akan dirinya.


Pendapat umum ;

1) Saya pernah menonton satu video yang menceritakan perihal cara lelaki dan perempuan berfikir. Kaum lelaki di katakan sentiasa mengasingkan setiap perkara di dalam kotak yang berbeza (dalam mindanya). Dan mereka mempunyai satu kotak yang di gelar : 'The Nothing Box'. Bila perempuan bertanya kepada mereka, jawab mereka : NOTHING :D

2) Perempuan pula, terbiasa mengaitkan setiap perkara yang hadir di dalam fikirannya. Menjadikan pemikiran mereka lebih kompleks. Dan kecenderungan bercakap lebih banyak daripada menyelesaikan masalah.

3) Sejauh mana kebenarannya, saya tak pasti. Tetapi saya rasa banyak betulnya :D Walaupun saya perempuan, saya tidak mahu menyebelahi mana-mana golongan.

4) Kehadiran lelaki yang kurang bercakap, adalah melengkapi wanita yang suka bercakap :D Kalau dua-dua diam, dan dua-dua bercakap juga tidak bagus ;)


*Ini menjelaskan perbezaan lifespan lelaki dan perempuan. Semua pendam diam2 dan timbul macam2 masalah kesihatan - antaranya stroke. Perempuan pula rasa lega bila bercakap /meluahkan dan release bahang dari badan/jiwa melalui cakap2nya.

*Time bercinta ada lelaki yg kata "saya suka dengar cerita2 awak (rambling). Lepas dah kawin, dia pening dengar kita bercakap. Boleh tak kata perempuan tertipu?


Lelaki lebih suka berdiam kerana lelaki suka 'observe' (apa yg dilihat secara luaran tanpa perlu kata2 dari seorang perempuan).. Perempuan suka berbual kerana perempuan sukakan 'feel' (apa yg dirasa,merasa atau terasa daripada perbualan atau dr pemerhatian mereka)... Pernah dibuat kajian drpd Discovery Channel, perempuan memberikan markah rendah pd lelaki yg tidak berjawatan tinggi dan kurang tampan, tetapi apabila ditunjukkan profil yg sama pada sekumpulan wanita yg baru saja selesai membuat bungee jump, mereka memberikan markah yg tinggi pd profil yg sama (secara umum, kesan bungee jump akan membuatkan perasaan seronok & teruja pada manusia - 'dopamine' - bahan kimia daripada otak, dikeluarkan apabila manusia berperasaan gembira, akan merangsang lebih cepat ) ... Teorinya disini, apabila wanita dlm keadaan perasaan yg positif/teruja, mereka tidak memilih luaran lelaki tersebut..Apa yg penting lelaki dpt memberikan perasaan yg diingini oleh perempuan..Apa saja perasaan,berlainan bg setiap perempuan.


Ini juga adalah hukum penciptaan (Law of Creation) iaitu segalanya berpasangan. Lelaki - perempuan, siang - malam, kiri - kanan, langit - bumi, dosa - pahala dan sebagainya. Hukum ini menceritakan akan sifat yang bertentangan atau berlawanan NAMUN saling memerlukan demi sebuah keseimbangan.

Dari LOC berhasil pula hukum penarikan (Law of attraction) yang secara tidak langsung menggambarkan adanya hukum penolakan. Umpama 2 magnet yang berlainan kutub ia tetap akan menarik satu sama lain.


Jika manusia pertama itu ADAM dan baginda adalah LELAKI serta awalnya baginda melalui hidup yang keseorangan dan kesunyian - maka tidak hairanlah fitrah lelaki (anak cucu Adam) menjadi lebih pendiam.HAWA hadir sebagai teman dan pasangan untuk Adam. Kehadirannya sebagai teman BICARA untuk menghiburkan pasangannya yang lama keseorangan. Maka, tak hairanlah jika fitrah perempuan lebih ramah dan menghiburkan.



2 comments:

liyanaKim said...

Perempuan pula, terbiasa mengaitkan setiap perkara yang hadir di dalam fikirannya.

perampuan juga slalu memikirkan tentang apa yang terjadi di sekelilingnye

Anak Bongsu Cik Shukor && Cik Noni said...

itu sudah tentu.
pemikiran perempuan agak remeh kan.
haha :DD