Thursday, February 4, 2010

Reunion

Hello gadis cantik,
Anda? yea anda yg tgh baca ni.Anda semua dijemput atau dengan lebih tepat “mesti join lah”.Ehh,jap jap party apa yg perlu kita datang nih yea?ohh,Ini party untuk lepak lepak diantara kita semua,dengan lebih tepat reunion .Bole datang kan kan .Pelbagai acara acara menarik telah dirancangkan.Antaranye,sila lah bace yg dibawah.hehe


Hari jumaat bersamaan 26.02.2010.
Jam 8 malam :
Anda semua diminta berkumpul di Kl Sentral : untuk memudahkan pergi makan makan di Naili’s Place ,Sentul.Lebih bagus anda semua tunggu dihadapan kedai pak cik McD.Kepada yg membawa kenderaan,sila sila lahh parking dulu di dalam Kl Sentral car park , atau untuk menjimatkan lagi ; tunggu jeh kat tempat teksi berhenti tu .hihi.


Jam 9 malam :
Ketibaan anda semua di Naili’s Place. Akhirnya setelah penat menunggu dapat jugak mkn.Ohh,pasal makanan.Anda semua diminta bagi duit makan dekat nadia yg keding tuh. RM 20 sekepala. Mahal? Jgn risau,kami amat menitikberatkan tentang makanan.Sudah tentu lah makanan di kedai ini amat sedap & lazat , satu pinggan ibarat 2 org pun bole makan auww.Tapi janganlah nak share plak , haiyakk! Tambah lagi , nak amik gmbr pun amat cantik ; view menarik okay ! plus anda pun cantik kan kan..


Jam 11 atau 12 malam :
Berjalan jalan area kuala lumpur yang indah, Indah ke? Dan disebabkan party nie hanya melibatkan kaum kaum perempuan. Penganjur acara telah mem-booking satu bilik hotel : OwenHotel .Supaya kita semua dapat spent masa yang lebih lama.Acara-acara dalam bilik akan diterangkan lebih terperinci sekiranya anda join.haih,mana bole thu semua.rahsia~ hehe.Takyah risau pasal pembayaran hotel.bilik nie amat murah.Paling bnyk kena bayar pun RM 15 sekepala.


Hari sabtu bersamaan 27.02.2010.
Jam sebelum pukul 12 :
Anda semua diminta bgun,anak dara tk baik tido smpi tghari.hihi.Pihak penganjur akan plan untuk makan tghari dan selesai makan akan ada sesi photoshot (tempat masih dirahsia kan).Pakai lawa2.


Jam 3 petang :
Party reunion selesai.


More Information :
1 ) Sila inform awal awal,ketidakhadiran anda.Selambat lambat nyeh hari isnin : 22.02.2010.
2) Minta maaf,acara ini hanya melibatkan kaum perempuan.Tetapi sekiranyeh pada malam acara di Naili’s anda mahu membawa pasangan anda.bole bole,tapi ingat sekepala rm 20.kalo tmbh,tmbh lah rm 20 lagi yea.
3)Duit kalo bole bg masa kat kl sentral.senang nanti.
4) Acara di hotel,tidak membenarkan lelaki.dan sekiranya anda hanya mahu makan makan tetapi tak mahu tido tido.sila bgthu awal2.sebab semua benda nie melibat kan reservation .
5) Pakaian adalah bebas.
6)Nak lagi info sila message : *nadia – 012753**** atau Anakrosemerah di facebook.


Semua terletak ditangan anda yang terlibat :) See ya!

Anak Rose Merah
Nurlina Johan
Lana Suhaime
Fatin Ainaa
Munira Sazale
Alia Liyana O
Alya Jolly
Fadh Fatin
Wan Razaliyana
Ezy Hussin
Intan Sofiana
Neeruza Ozawa
Nor Zaitul Fadzila
Jumanah Abdul Salam
Atikah Aziz
Mohd Issammuddin Sayuti


5 comments:

Laydee Lana! said...

haha. aku nak p..aku nak p..
ya allah..lapang kan lah masa aku tuk mereka.. aminnn!! <3

Anak Bongsu Cik Shukor && Cik Noni said...

amin amin ~

*bukan amin ex-alia okay!

haha :)
aku pun mengharapkan kau ada sayang

Anonymous said...

:)

Jumanah said...

27hb? Ala.. aku ada gig.
Sorry. :(

Anak Bongsu Cik Shukor && Cik Noni said...

its okay juju.
:)