Thursday, April 1, 2010

Din Beramboi masih kriktikal


BAPA Din Beramboi, Mior Badri Mior Idris (kanan) menerangkan keadaan anaknya kepada Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Shahriza Mahmud (kiri) di Hospital Selayang semalam.


KUALA LUMPUR - Pelawak dan penyampai radio popular, Din Beramboi masih kritikal sehingga malam tadi dan berada di bawah pengawasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang ekoran komplikasi demam denggi berdarah.

Keadaan itu menyebabkan Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri bergantung kepada mesin hayat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya kepada Kosmo! menjelaskan, keputusan diagnosis menunjukkan keadaan Din Beramboi kritikal akibat pendarahan dalaman.

Katanya, beberapa organ tubuhnya juga gagal berfungsi.

_____________________________________________________


Marilah kita sama sama panjatkan rasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang , Jangan leka dengan permainan duniawi . Sesungguhnya segala kenikmatan yg kite miliki sekarang ini hanya lah pinjaman sementara . Kepada sekalian Umat Islam , Doakan lah Mior Ahmad Fuad B. Mior Badri cepat sembuh seperti sediakala . Amin~



No comments: