Monday, May 31, 2010

Wesak Day's !

Jumaat cuti !
Aktivity tido tido tido sampai lemau , tahu tahu je la umah tu kan sejuk mcm Genting Highlands! Pundekkkk ! haha, angah sungguh bangga ngan aku sbb bole duduk umah sehari suntuk. Haha :) Well, saapa kata aku kaki jalan ? sapa kata aku ta mampu ? huh!


*bangga


Disebabkan mampu duduk rumah,angah bwk jalan jalan. Destinasi fav kami ; sudah tentu Jj,Wangsa Maju . Yeyyy! Shopping time , actually takde la shopping sgt. Sbb kena jimat jimat bulan ni . Hm :( Tetiba mcm sedih plak , banyak betul masalah dtg kali ni . Mao tahu ke ? Huh.

1) B da berhenti keje astro, dpt offer bagus. So utk starting keje lain tu , paham paham je la. Macam org baru nak idup jugak ar . Tapi takpe, Insya-Allah de rezeki tang lain kott..

2) Insya-Allah dlm tahun ni Along nak kawen , so mcm mcm persiapan kena buat . Aku dikira mcm org kuat majlis ni jugak la. Nak buat mcm mane , nama pun org paling rapat ngan bakal pengantin .Kena keje kuat jugak la buat kajian bout wedding ni, Nasib la aku minat hal hal mcm ni. he-hee

3) Kau nak tahu agi ke ? haha,okay last ea! Aku tekanan dengan kerja , dengan kerenah manusia , dengan masalah masalah kecik tpi nampk besar .huh!


Sudah sudah ar tu eh, kesian blog aku selalu kena dgr masalah ku. Hm, sorry ea sayang. I takde tempat mengadu ar , kwn kwn pun busy ngan prob masing masing . De boyfie pun tak bole nak cite , sbb die punye prob pun ku yg settle kan. Haih nasib nasib , Sudah la lin oi . Jom test test baju agi best , minat beli ! Murah ambik , mahal diam ! :)


Ku mmg suka buat muka syoksendiri, kesian ta ?

Baju pertama ; suka sgt ,tpi ..
dlm gambar je nampak cantik , bile org tgok mcm buruk ja .
Beli ke ta beli ke ta beli ke ta beli ke ta ? haha

Ni plak mcm bodo je, tpi murah . I likee :)

Penatnyaaa,sehari lepak kt Jj. Kesian b da bosan takde kwn , keje die kuar masuk Mall je sbb nak isap rokok . Kawan la kau ngan guard depan pintu tu b ! :) Hihi . Lupe nak snap snap ngan Angah ngan B , sorry ! :l Malam jumaat tu plak, Jumpe si fify tomei ! Rindu bdk kecik ni , die baru sampai Kl khamis lepas kalu ta silap. Sebulan tak jumpe fify da lain ah, da mokmok sikitt ! Hihi.

PERHATIAN : PERUBAHAN KETARA TERHADAP DIRI SENDIRI ADALAH SUDAH MEMINATI BABY KECIK , SAYA TIDAK GERUN , SAYA TIDAK CUAK , SAYA TIDAK BENCI , SAYA SUKA . KATAKAN YA ! PADA BABY (:

. Fify Ameer & Ibu Yin .

B suruh fify panggil die atok sbb B de janggut, haha!


Sabtu :
Majlis Pertunangan Lisa & Ikhwan
Tmn Cempaka
29.05.2010

Lawa kan die :D

Nak juga upload pic ni even gegar, haha :)
Miaa!!!

Lin, Lisa & Shaq

Ikhwan & Lisa

Zafirah & Me

Aimi, Linda, Me , Lisa , Shaq , Damia



Tahniah Lisa darling , org bertunang ni darah manis auww ! :)
Semoga korang kekal sampai ke jinjang pelamin okay.


Date ni sama ngan Wedding Sha & An kt kedah , sadis oh tk dpt pegi .Takde geng ar , wa punye geng semua ta pegi . Segan plak ! Wahh , lin pandai segan ke ? huhu . Apa pun tahniah buat Sha & An jugak , nnti yg kt kl punye sure sure I datang ok !



Ahad : Busy melakukan kerja amal untuk B tersayang :)


Thursday, May 27, 2010

Ketidakfahaman.

Heyyyyy !


Tak paham dengan 3 pekara ini :


Kenapa manusia suka cari kesalahan org lain, sedangkan diri sendiri pun ada buat salah ?

Alkisahnya ; Kemarin ada buat ukuran baju company utk semua staff , then aku disuruh pilih size yg sesuai mengikut keselesaan sendiri . Then aku try Xs , aku selesa. So, ambik la size tu . Okay mahu dinyatakan disini siza Xs die besar, jangan fikir Xs je mesti kecik . ITU TIDAKKK ! , kaata pun mengikut keselesaan kan, salah ke aku ambik size yg aku selesa. Kemudian mahu pertikaikan kenapa aku ta ambik size S or M ,Pihak management mara nnti pakai ketat ketat. Huh! Wtf !! Kalu nak tentukan size setiap staff better takyah suruh pilihkan ? Ada je kesalahan org lain kau nak cari kan ?!


Kenapa mulut lelaki zaman skrg ni macam longkang ?

Alkisahnya ; Ini status aku kt Fb buat Mohd Hezwan & Mohd Adib semalam, actually aku ta ambik hati pun apa dorang ckp semlm. Alaa nama pun gurau, aku pun mulut boleh taahan jugak . Tapi tetiba terfikir jugak, mmg bebeza lah mulut lelaki dahulu ngan zaman skrg . Kenape eh? sampai ta bole bezakan da Gosip gosip datangnya dari lelaki or perempuan. Cth mcm smlm, masa pilih size tu, bole ada salah org staff lelaki ni ckp "Ha leen, pilih betul betul. Yang sedang sedang sahaja, jangan kang benjol sane benjol sini" Dalam hati : Eh, sukahati aku la. Yang benjol sane sini tu yg ko suka tgok kan! GATAL .


Kenapa manusia matang tidak bersikap professional?
*manusia matang bermaksud ; 18 keatas


Alkisahnya ; Seorang kawan (A) minta tlg kepada seorang kwn (B) , tpi B tak dapat tlg . Itu perkara normal, bile susah mmg sukar dpt bantuan dari kwn . Saya pun pernah alami, kwn susah saya ta dpt bantu . Sedikit kesalan dalam hati . Abaikan ! Tpi bile tak bole tlg , kenape ta terus terang. Ini tidak ! Msg ta reply , Call ta pick up . Ta rasa bersalah ke ? Orang tengah susah, tunggu respon dari kwn kununnya kwn bole tlg , tpi hampeh! Be proffesional la, kalu ta bole ckp je ta bole (Menipu je la kalu dah terpaksa)



Wednesday, May 26, 2010

Sebesalah



Penah tak korang rasa sebesalah terhadap seseorang ? Terutama kt orang yg kite sayang. Susahkan nak buat satu keputusan , bile buat keputusan itu nnti takut yg ini plak terasa . Bile buat keputusan ini kang yg sebelah sini plak yg terasa hati . Yang kesiannya org nak memikirkan tu lah, kesiannyaaaaaaaa :l Sebab itu la, setiap keputusan yang dibuat kena kite fikirkan yg baik utk kedua dua belah pihak . Ye lah nak jaga hati org la kununnya, hati sendiri tkpe. Lama lama die paham sendiri. Awak , awak , sorry ea . Saya tahu saya suka janji keling . Sumpah! saya ta bermaksud begitu sebenarnya . Awak , awak . Maafkan saya okay ! Alaa jangan marah la, awak pun selalu janji keling kt saya aapa.. hihi :) Fair & Lovely la kan ? he-hee




Mwah! saya rindu kwn saya

Tuesday, May 25, 2010

Peristiwa itu

Ye ye kan dah janji nak cite , haha :) Okay, last week tkde aapa yg best pun . Minggu ni masuk minggu ke 3 ta jumpe My Bff,Mia. Yee org busy , takmo la ganggu kan . I pun busy ngan life i, nasib dpt jumpe Isham (walaupuntaksampai5minitpunsebenarnya.haha) . Alhamdulilah,sejak kebelakangan ni , hubungan ku ngan kakak kakak okay :) Ta tahu la nape, Angah pun mood baik je. Amin amin, semoga kekal lah mood die seebegitu. Selain menghabiskan duit ke arah CERITA SYOK SENDIRI KT BWH TU, Kiteorang jejalan je kt sekitar ampang , jalan makan jalan makan jalan makan


Nak dipendekkan cerita, time pegi Jalan Ipoh ;) Kiteorang kena tahan ngan polis sbb langgar double line. Actually mmg jalan tu takleh silang , tpi selalu buat takde polis. Kali ni de plak kt pekeliling tuh. Aduyai, Tahan je okay ! Tak kena saman pun, nak tahu kenape ? baca kt bwh ni !



Polis : Minta lesen , Ic *muka nak garang, haha

Sis : Kejap kejap *gabra la jugak

Polis : Nak pegi mane ni, tahu ta situ double line?

Sis : *masih cari lesen, haih takde plak. buat hal plak die ni!

Polis : Nak ke mne nih ?

Sis : Nak ambik makcik kt Jalan Ipoh,die nak pegi IJN.


Polis *check check lesen, ic .. (Nasib jumpe auww) Lain kali jangan buat lagi ye, ni amaran ! Lepas ni saya terpaksa tahan.


Sis : Okay ,Mekasih cik . Ni nak tanye, kalu saya nak pegi IJN balik lalu mane ea ? *muka budak baik.


Polis : Pusing balik , lalu bulatan pahang .bla bla bla .


Sis : Okay okay , terimakasih cik!


*Pandai kakak aku kelentong,
kali ni die menipu tknampak sbb selalu kalu die menipu mcm gagap sikit.hahahahaa ! Good job Huda.



Sempat agi snap picture muka cuakkk , hee~


Masa berhenti snap picture tu,
kiteorang betul betul belakang bus ni .
Hah, hambik kau ! monyet pun pandai BERTINDAK BIJAK :)


Sorry, TERgedik ! :)


Monday, May 24, 2010

Euwww, tolong la.


Sebelum aku cite rutin aku tok minggu lepas, aku mao komen sikit pasal Filem kt bawah ni ;l




Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis lewat 20an bernama Nik Melati Sukma yang tertekan gara-gara masih lagi belum berkahwin. Pelbagai usaha dilakukan oleh kedua orang tuanya iaitu Fatimah dan Nik Mat bagi membolehkanya bersetuju untuk berkahwin sehingga sanggup mix and match anaknya itu dengan calon yang dirasakan mereka sesuai. Namun Nik Melati Sukma atau Nikki nekad mencari jodohnya sendiri.


SAYANGI DUIT ANDA, JANGAN MEMBAZIRR !!! :/


Notaringkas : Patutla orang malas nak tengok Filem Melayu zaman skrg ni, giler terukkk kot! Jalan cerita mcm apatah, pakaian giler zaman purba punye , harapkan pelakon pelakon je la je lah , tpi still tidak bermutu . Sapa yg tengok wayang tu , sure maki hamun lepas kuar dari panggung mcm aku ngan Angah buat ' "Boooo~ bodo punye cite, abis duit aku!" Bie sayang jangan ckp la ! baru start 5 minit da tido .ZZZzzzzzz (: Disini aku dengan berbesar hati nak bgth korang , Ini adalah salah satu filem melayu yang SYOKSENDIRI.

HM,Please pegi make over bole?



Saturday, May 22, 2010

Harus CUBA !!



TRY GAMES NI.. BEST!! TP KENA JUJUR ,BACA EMAIL NI DR ATAS SMPAI BWH..
JGN TERUS SCROLL DOWN TAWW .ENJOY THIS! AKU DAH TRY..AGAK TEPAT LAH ! *nnti ku tunjuk bukti, yang penting korang cuba dulu okay!

-__-
TAPI THE RESULT COME OUT TO BE TRUE LAK.HIHI MAYBE LIGHTNING WILL COME STRAIGHT TO YOU. terkejut korang nanti.

Try laa ! best auww .aku siap edit jadi bahasa melayu lagi tuhh..hihi :")
This is so true~ JANGAN MENIPU OKAY.. (You'll will kick yourself later) I was a little skeptical trying this, tapi kalu korang follow instructions tu betul betul, you'll be surprised!!!!


All of my answers were accurate. We'll see tomorrow if the wish comes true. I'll let you know. Take 3 minutes and try this...it will freak you out! The person who sent it to me said her wish came true 10 minutes after they read the mail. BUT NO CHEATING! This game has a surprising outcome. Don't read ahead...Just do it in order! It takes about three minutes.It's worth a try :) Memula ambik pen & kertas.Kalu korang pilih nama somebody, make sure orang tu mmg wujud & korang kenal..*Gunakan instinct korang yg pertama okayy! Scroll down one line at a time and don't read ahead or you'll ruin it!




1. First,tulis nombor 1 sampai 11 dalam satu kulom(berturutan ke bawah @ vertically).

2. Then, sebelah nombor 1 and 2, tuliskan dua nombor yg korang nak (Apa apa nomborlah)


3. Sebelah nombor 3 and 7,tuliskan name org yg berlainan jant
ina dgn korang ,
( jgn tulis name yg sama auw ) *gunakan gerak ati korang


NO LOOKING AHEAD OR IT WON"T TURN OUT RIGHT!



4. Tulis nama sapa sapa ( friends or family )kat nombor 4, 5 and 6th spots.

5. Write down empat tajuk lagu kat nombor 8,9,10, and 11.




GO WITH YOUR INSTINCT,FRIENDS!!!!



6. Finally, make a wish.


And now the key for the game :)



1. korang mesti bagitahu seramai(jawapan utk no. 2) org pasal game nih.

2. Nama orang kat space 3 is the one that you love.

3. The person in 7 is the one korang suka but can't work out.

4. Korang paling care kat orang yg korang letak kat no. 4. 5. The person you name in number 5 adalah orang yg kenal korang very well.

6. The person you name in 6 is your lucky star.

7. The song in 8 is the song that matches with the person in number 3.

8. The title in 9 is the song for the person in 7.

9. Jawapan no. 10 adalah lagu that tells you most about YOUR mind.

10. and 11 is the song telling you how you feel about life.


Selamat Mencuba!

THIS MY RESULT :)


Friday, May 21, 2010

Jeles eh.



Haruslah jeles, blogspot dorang semua best best , cantik cantik , comel comel . cool cool .err ? cool ke ? Alaaaa jeles nyaaa,nak blog mcm tu jugakkk. Bole tak ? Bole Cik Lin , tpi kena rajin sikit la . Betul tak ? Kena rajin edit sana, edit sini , cuba sana cuba sini , klik sane klik sini . Kau bole ke ? Hahaha. Haruslah bole kan, lagi pun yang nak baca nnti aku jugak. Aku fikir ini la cara aku nak balas jasa baik si blogspot yg selalu mendengar cerita cerita kalu marut and problem aku .Mekasih blog kesayangan :) Okay hari ini ,tuan kau akan make overkan raut wajah kau yg hambar tu. Kesian 'Summer Beauty' ,tak beauty lagi dah sbb asik pakai muka lama je . Hari ni bergembira lah kau wahai blogspot, sbb tuan kau sangat kerajinan and baik hati plus mood die sangat molek nak bg kau nampak fresh & cool . Hahaha, kunun! :)


Jadi kawan kawan tunggu ...!
;)


Thursday, May 20, 2010

Tahniah Kak B


Yeyyyy! Sham dpt keje gov , tadi pagi die dengan semangat nya pukul 530 pagi da bangun auw untuk menyahut seruan kerajaan . Hahaha :) Alhamdulilah la Sham, rezeki kau . Tahniah ye , semoga kau dpt kt area Kl jugakkk sbb kalu jauh takde sapa nak dgr problem aku da pasni . Hukhuk ! Dengar dengar dapat kt Subang, tpi tak kisa
h la kat mane pun kan . Janji KL okay ! Lepas ni tak bole la I shopping kt F.O.S lagi , tk bole la guna discount member U lagi Sham , Alaaa sadisnyaaaa aku , Keluarga Ahmad Shukor la paling terasa kehilangan . Haha , tpi tkpe Sham pasni idup kau akan lebih teratur . Trust me ! Semua org mahukan kerja kerajaan , jangan sia sia kan peluang yg ada. Jangan jadi macam aku :( Sekarang baru nak menyesal , huhu . Takpela lin , bomba je kott ! :DD Okay Sham, ini ayat ayat cinta untuk ko ; Penantian kau telah berhasil , kau dah dpt apa yg kau nak kan , positive je untuk langkah seterusnya ! Okay Kak b





" Selain itu aku pun nak buat ucapan tahniah buat kwn kwn dibawah :) "



Tira : Dah dpt lesen pun kau kan, pasni bole la dtg jengguk ku kt Ampang .

Acik : Dapat keje kt tempat Angah , wah bestlah dapat keje satu office ngan BFF . ilikeee!!


AdibPURPLE : Dapat kerja :) Keje elok elok , first time keje kan. huh!


Faidhi (Bf Alialiyana) : Dapat kerja kt Langkawi , kesian ko kena berjauh ngan GF kesayangan.



P/s : Saya pun perlu kan keje , sapa ada keje kosong ? :)

Tuesday, May 18, 2010

Selamat Hari Guru !

Selamat Hari Guru diucapakan kepada semua guru guru diseluruh dunia , Pengorbanan mereka memberi kite ilmu tanpa jemu jemu nya amat patut dihargai oleh setiap golongan tak kira atasan mahupun bawahan. Eceeeh , lin ! :) Kau hargai guru ke dulu, huh! Yelah itu dulu, mmg la. Budak budak baru nak 'up' , mane tahu nak hargai . Tapi aku takde la jenis lupe daratan sangat , aku still tolong cikgu angkat buku , aku still tolong jaga kelas time cikgu takde dlm kelas and aku still bg hadiah bile Hari Guru tiba . Sanggup auw kumpul duit belanja sekolah sbb nak bg cikgu hadiah , even beli kt mydin je tpi aku tetap mao bg hadiah yg terbaik dari semua org . HAHAHA :) Banyak kenangan manis / pahit ngan cikgu time kt sekolah dulu ; Tapi kali ni yg aku nak membebel , hanya yg berada ditangga tertinggi top 3 ! :D


1 ) Cikgu Fauziah ;Masa ni aku darjah 5 ,kunun masuk kelas pandai lah . Lima Intan nama kelas tu , so aku jadi shock kejap la. Mane tak nya dari darjah 1 sampai darjah 4 dok kelas bodo kan. Masuk darjah 5 jadi pandai plak , haha. Nak dijadikan cerita, cikgu ni mmg anti abis ngan aku! tatao la apa salah aku ,mungkin ku tak sedar kot. Masa tu seisi ambik reportcard kt sekolah, Mak datang ! Bukan senang ciknoni nak datang sekolah auww, tpi disebabkan anak pandai sikit die datang la , Aku nampak mak je jadi excited ta bertempat ; terus aku bangun dari kusi aku kuar kelas panggil mak yg tercari cari kelas aku . Cikgu tengah becakap kt depan ni , haha :) Kurang ajar jugak la bile difikir fikirkan , hihi . Lepas mak aku blaah je cikgu terus panggil aku ke depan pastu kena maki depan semua budak2 kelas , grrr ! maluu siot .


2 ) Kes ke2 pun ngan Cikgu Fauziah ni jugakk ; Die ni mmg ada angin monsun la dlm diri die, haha :) Angin ta tentu pasal , ada sekali tu . Bukan aku je kena , hampir separuh dari bdk kelas kena baling buku sbb buat keje sekolah salah . Die ajar subject Math, die ingat senang ke nak kira kira nih,haa ? Bayangkan buku dari Utara bole terbang ke Selatan , dahsyat kan. Time tu tkde la malu sangat, sbb bukan aku je ke . HAHA , Sampai suatu masa tu aku terfikir , ini ke cara cikgu kelas pandai mengajar ? huh.


3 ) Cikgu Yuhanawati ; Ini cikgu fav aku , kali ni kes pun mcm seronok je nak cerita. HAHA , Die ni banyak tolong aku auww, die je nampak kebolehan aku time kt sekolah dulu. Even aku bermula dari kelas bawah, die ta pandang rendah kt bdk bdk bodo mcm aku . Sentiasa bg aku peluang and semangat untuk terus maju dan maju . Sampai satu tahap tu . Aku mahu buktikan kt die , usaha dia akan terbalas . Aku buat betul betul masa exam paper die , Die ajar BM . So, tkde la susah sangat . Tahu ta aku dpt berapa ? Karangan dapat 98% Okay , pecah rekod kelas bawahan auw . Time tu, bdk bdk kelas bawahan semua diiktiraf sekali , aku wakil 3 lagi pelaja kelas ke bawah dapat masuk kelas tambahan waktu malam . Hahaha , mmg syokkk abis la ! :) Bukan syokk apa, dpt la gatal gatal ngan bdk kelas pandai , hee~

*Actually , time sekolah menengah lagi banyak. Kesian cikgu cikgu semua ;l Disini , saya Nurlina Bt Ahmad Shukor @ Johan ingin memohon seribu kemaafan kepada semua cikgu cikgu di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Nirwana , Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya & Cikgu cikgu di Pusat tuisyen Martin,Pudu & tak lupe jugak kepada lecturer di Unisel , Batang Berjuntai. Maafin saya ya cikgu! Dulu saya akal pendek , hidup tahu nak senang je . Huh.



- .. -


Monday, May 17, 2010

Sakit otak



Setelah seminggu sakit otak memikirkan isu kerja, saaya mengambil keputusan untuk menghabiskan hujung minggu ini bersama keluarga tercinta. Actually takde la keluarga sangat, sbb abah balik Johor. So, tinggal kami adik beradik je dirumah . Sabtu lepas Angah abis keje , kiteorang membusykan diri pegi berjalan ke sane sini walaupun duit masing masing semua tinggal duit syiling je , hihi :) Happy sangat , terasa mcm da lama je kiteorang ta beriadah mcm tu . Bile Angah angin je, semua buat muka cool sbb taknak gado berpanjangan , hee :) Kesiannya aku la , sbb selalu jadi orang tengah . haha !


Angah semangat ini berubah :) Bagus, i likeee !


Ahad seperti biasa ; Hari buat kekasih :)
Ta tahu nak pegi mana , lepas makan Nasi Briani . Kiteorang main bowling kt Ampang point , dan buat kali kedua nya aku kalah . Haih ,aapa lah nasib . Tapi aku puas hati sbb Angah dpt kalahkan Sham, hihi :DD B pula seri ngan aku , mcm mane bole seri tah ! Haissshhhh !! :*)


Lama ta main belon ni , lantak la org nak ckp apa.
Aku main jugak , jakun sekejap bile dapat tiub bebanyak :)


Nampak matang kan kan ;")


END

Friday, May 14, 2010

Kerjaya saya terumbang ambing


Nampak mcm kesian je kan tengok tajuk kat atas tu , huh! Tengok minah atas ni lagi la double kesian , huh! Macam orang takde hala tuju je ,huhu .Orang mesti ta dpt rasa apa saya rasa , org mesti ta pahaam . Kalu saya jelaskan secara terperinci pun, korang korang tak akan mengerti . Lagi orang cakap saya tak bersyukur lagi adalah , hm ! ;l Saya jujur ni , SAYA SUDAH MULA BOSAN DENGAN KERJAYA SAYA SEKARANG , SAYA BUTUHKAN SUATU KERJAYA YANG SAYA PELAJARI DI HUTAN SUATU KETIKA DAHULU. Saya mahukan sesuatu yang baru , belajar mencari pengalaman . Bukan buat kerja kerja budak sekolah rendah !


Bos, saya ta minta dinaikkan pangkat ,
saya hanya mahu bos bagi saya sedikit peluang untuk saya mencuba ! :'(








Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu :)

Makk,lin sayang mak sangat sangat :)
Mak, terimakasih buat segala-galanya , semperna hari ibu ni : Lin nak mak halalkan semua dosa dosa lin kt mak , bole ta ? :( Lin pun taknak berkira sangat , kita saling menghalalkan kesilapan masing-masing okay . Hihi . Lin tetap sayang mak , sampai akhir hayat lin. Insya-Allah! Even dulu masa kecik kecik mak tak jaga lin , even mak antar lin kt umah nenek , even mak asik busy dengan keje , even mak asik busy ngan persatuan sana sini dulu , busy mengalahkan datin ni . haha ! ye ,semua lin ingat :) takpe,lin tahu mak tak sengaja . Kan ! :D Lin ta kisah, semua tu mengajar lin idup berdikari . Sebab tu org nampak lin lebih matang dari kakak kakak lin yg lain, kan mak kan kan . Lin masih mencuba jadi anak yg terbaik , walaupun kekadang mak taknampak kebaikan yg lin buat. Takpela, suatu hari nnti lin akan pastikan mak bangga ngan anak bongsu mak ni :) Mak, lin ta nak nages . Tapi bile lin tengok mak keje kuat sane sini , lin ta tahu utk apa mak buat semua ni. Mak ta penat ke? kalu org lain seusia mak, da dok relax kt umah pun .Hm.. ye lin tahu, sbb minat kan ? Kang larang mak majuk , kang tegur kang mak sentap , kang nasihat sikit ckp lin ta paham mak . Okay la , mak buat la selagi mak mampu ea . Tapi mcm selalu lin cakap la " badan kite ni mak, nak pakai lama .. bukan 2 3 bulan lagi je , jaga la elok elok " .Mak tahu tak , ramai ckp mak lin sempoi , tpi lin taknak cerita kt mak . Nanti mak perasan , pastu buat la muka gedik. Hihi :) Mwahhh! sayang mak sgt sgt



Terlanjur ke Pd , Sambut kt sane je la :) Jom tengok gambar anak dara mak dulu , hihi .
Norehan , Norhuda && MEEEEEE ; NURLINA .


Happy Mother's Day To Makk , Mama Mas , Mak su !

Ayie pun nak tiub jugakkk :)

Mangsa balingan kek, haha ! ;)