Monday, July 5, 2010

bola


Minggu ini memang tak ada aktiviti yang menyeronokkan pun, biasalah. Musim bola kan, sana sini bola. Tekanan jangan cakap lah, sudah tentu rasa mcm nak gantung diri. Bukan nak gantung diri saya, tapi nak gantung diri orang-orang yang sangat kecoh dengan bola. Buat kali pertama nya saya layan bola apabila Argentina bertemu dengan pihak lawannya Germany, okay la permainan nya. Tapi banyak yang disangsi kan apabila saya melihat telatah manusia yang bermacam-macam pe'el @ perangai.


Ery, muka control

Bby, sebenarnya khusyuk tapi tengok saya tengah snap gambar .
Terus senyum, gelabah!

Ini lagi lah muka muka paling tak boleh 'bla'.

Yeyyy,sorakkan dari Angah.
Gol pertama dari Germany pada 3 minit pertama.
*eh eh sham kt meja sebelah la*

Ini bukan siapa-siapa, saya sendiri tak kenal siapa.haha.
Tapi kesian lah dia, demi menemani kekasih kesayangan sanggup lena sambil duduk.

Cepatlah habis FIFA, saya sudah tak tahan nak tanggung semua ni. Sampai nak tengok Tv pun susah, huh. Tak mengapa lah ; bak kata Mia "Ala lin empat tahun sekali je pun World Cup nih". Iye lah, hadap lah lin. Tapi ada jawapan best dari seorang yang bernama lelaki apabila saya tanya kan soalan mengenai bola ;)


Kenapa lelaki minat bola ?
: sebab tengok bola. baru lah rasa lelaki


Tak rasa macam bodoh ke tengok bola ?
: sebab itu ramai lelaki bodoh


Anda rasa bagaimana ?



No comments: