Wednesday, August 4, 2010

Kahwin muda

Harini topik kt HOT.fm memang agak cool and sesiapa yang baca paper harini mesti tahu topik hangat ni kan :) Alaaa isuu ; Budak sekolah dibenarkan kahwin awal tuu, takkan lah tak tahu kan. Hm :) Senyum lebar aku baca tajuk besar terpapar di dada akbar ! Best best. Bukan kahwin awal tu best, tapi topik yang dibicarakan tu yang menarik .Aku ni bukan rajin sangat nak baca suratkhabar, tapi disebabkan topik ni yang kedebooom ! Terpaksa lah jugak buka website Utusan Malaysia! Wahh, bukan main lagi remaja zaman skrg ni, siap dapat kelulusan kerajaan utk kahwin awal lagi , class you alls! ;) Tapi ini idea Kerajaan Negeri Melaka je ea, negeri lain aku tak berapa nak pasti mereka setuju ke tak ! ;) Memang tabik springg lah kt KNM, siap kerajaan beri peruntukkan rm50o utk keluarga miskin yang ingin mendirikan rumah tangga setelah mendapat persetujuan kedua belah pihak lagi. Meletopps ! Tak pecaya? Alaaa, aku tipu dapat apa Cik Kiah, Cik Bedah ? Meh meh , KLIK SINI UNTUK BACA !


Kononnya kahwin di usia boleh mengurangkan kemaksiatan dan pembuangan bayi. Oh tidakk ! Alasan tidak kukuh, ini bagi pendapat aku sendiri. Memang lah zaman nenek moyang kita dulu dorang semua kahwin awal. Umur 13 . 14 tahun da boleh kawen , memang itu realiti nyaa. Tapi mane boleh nak sama kan dengan zaman sekarang ! Jauh bezanya. Tak perlu contoh yang jauh la, kita fikirkan satu saja. Orang dulu bercerai tak ada pun nak naik turun mahkamah sampai 2 3 tahun baru nak settle, tapi orang sekarang ! Kalu bercerai jangan cakap 2 3 tahun, ada tu 5,6 thun pun belum tentu selesai. Itu tak termasuk dengan duit harta sepencarian lah, duit nafkah tertunggak la, duit anak anak lahh . Huh, mane lah boleh sama kan ! Tapi bagi korang aku tak tahu lah plak kann ? Sekiranya ia masih diteruskan, sudah pasti bilangan penceraian setiap tahun akan meningkat sekali gus akan menyebabkan Institusi kekeluargaan semakin hancur.


Sekian,terima kasih




No comments: