Wednesday, September 29, 2010

Magika

Balik kerja harini terus bie ambik bawak pergi tengok Magika. Aku memang nak sangat tengok cerita ni, biarlah orang nak cakap cerita melayu tk boleh nak pakai ke apa ke ! Janji aku nak jugak tengok, tak kira tak kira. Bie sebenarnya tak minat,aku tahu dia tk suka. Tapi dia layankan jeh kemahuan aku sebab taknak gado. Kesudahannya gado jugak kejap dalam panggung sebab berebut bebola jagung.haha! lain macam je eh bunyinyaaa : )

Berapa bintang ea nak kasi ; Nanti aku pikirkan dulu ( ;

Snapppp ! Alaaa,separuh plak.
Lagi sekali yeaa,hee ..

Snapp! Okay ,boleh la ni.
Menunjukkan dua dua tak mandi lagi, balik kerja terus pergi.Semangat lebih!!


P/s pertama : Saya dah rasa sayang dia balik, hee :)
Nak bisik sikit "I you jan! "

P/s kedua : Dia ingat saya heran agaknya? kesian.
Tekkktikkk lama la lu pakai minah.




Sunday, September 26, 2010

Panjang ceritanyaaaaaa

Kehadapan sahabat sahabat yang dirindui , ahaha.Rindu ke? Rindulahhh.Rasanya ada tak yang menunggu aku update belog yea, hm..Kalu ada mesti nak tahu pasal kerja baru kan kan, haa! Aku tahu dah, okay okay arini aku akan cerita semuanya ! dari A sampai Z . Okay start dengan permulaan kerja yea.Bismillahirohmannirohimm :)


8:00 Am

Bangun ,mandi ,siap & jalan kaki ke Office.Kira-kira 10 minit je dari rumah, itu pun aku jalan lenggang kingkong, kalu jalan laju macam Mei (staff SKVE) sure 5 minit pun tak sampai, haha.


8:45 Am

Sampai office, relax kejap .Kononnya jalan kaki mcm dari Ampang ke Putrajaya, haha.Tepat je jam pukul 9:00 pagi bermula kerja kerja yang berlambak. Okay meh aku cerita kerja apa yang aku buat sebenarnya.Ini yang paling tak sabar nak bgth semua org nih! : )


Aku bahagian WORK PERMIT. Kerja aku renew permit warga asing lah, disebabkan kami ni supply warga asing so aku ni berdepan dengan pelbagai bangsa. Terutama sudah tentu la bangla,haha.Selain tu Myanmar,Indonesia,Filipin,India,Nepal dan banyak lagi lah,penat aku nak sebut. Pastu kerja aku bukan saja kena renew permit & passport,aku jugak kena jaga pekerja pekerja ni, kalu lari kena buat polis report. Kalu dorang ada masalah kena tolong, lebih kepada kebajikan jugak lah. Haha.Masa tu mcm mcm pengalaman aku dpt, bukan sahaja aku dpt ilmu baru tapi aku juga dapat belajar budaya/bangsa lain. Wah gitu lin, bukan Satu Malaysia lagi dah Satu Dunia aku pegang. Hahaha. Disebabkan itu, tiada masa lagi lah aku nak online tak tentu pasal kt laman sosial yg berlambak tu. Alaaa,rindu kwn kwn cyber ku!! Nak kerja lama balik boleh ta? Haha, takde lah. Takkan la kan, giler aku nak tolak peluang baik tok diri aku. Memang tak lah kan! Mungkin aku tak biasa kesibukkan dengan kerja kot, lama lama aku akan biasalah. Kan kan kan , kasi nasihat sikit kawan kawan. Hahahahahaha.


1:00 Pm

Lunch Hour .Berbeza sangat makan kt company lama dengan company baru, terutama bab harga. Memang sangat sangat sangat dan sangat berbeza okay, seriuslly! Kedua, dulu aku makan ngan Mak je. Berdua.. Sekarang makan ramai ramai, satu table de la dapat enam tujuh lapan orang.Haa,bayangkan la beza dia. Haha,best! Ada Indonesia, Ada Sabah, Ada Melayu lama, Ada Melayu baru ,Ada lelaki lembut ,Ada lelaki gagah.Syokkk! Makan kt mane? Haha, jalan kaki juga kaedahnya. Tak kurus jugak tak tahu lah,hee..


2:00 Pm

Start kerja balik, okay banyak kerja kena settle. Buat itu buat ini, taip itu taip ini, cari itu cari ini, check itu check ini. Sedar tak sedar, dah pukul 6:00 petang. Yeahhaaa! Balikk . Aku memang pekerja cemerlang, masuk awal balik pun awal ! Tapi pada permulaan je la ,lepas ni tak berani nak janji yea. Haha! Balik pun jalan kaki, tapi de la selang seli Angah ambik. Gedik dia tu, orang cakap jangan ambik dia ambik gak. Saja je nak rosakkan misi aku. Haha, Bie pun sama eeeeee. Ngadalah dorang ni, aku nak jalan kaki laaa! Please.Kasi chance la sikit aku nak kurus, dengki betul!


Haa,itu je lah. Kerja aku ni nak kata susah tak sebenarnya. Cuma utk permulaan aku kena banyak study sebelum aku buat, sebab kalu aku tk tahu langkah pertama mmg aku tk boleh ke langkah kedua dan seterusnya. So, aku kena mula dari bawah. Sikit sikit lah,tapi genap seminggu kerja ni semua bole handle lagi. De salah satu staff situ pun ckp aku cepat pick up, rasanya takde masalah lah kot. Harap semua boleh terima aku , yea lah buat kali kedua aku kerja. Aku staff paling muda, Oh tidakkk! Tiada lagi rakan sebaya, kesian betul lah. Tapi yang lain tetap okay, beza 2/3 tahun jee! Boleh nak kejar lagi lah, hahaha.Buat masa ini , itu je lah yang nak aku share ngan korang pasal kerja baru ni. Nanti aku update lagi kalu de cite best best yea. Nak tido da, Byebye!


Korang korang korang enjoy picture POTLUCK ANDARAYA kat bawah ni ea, kalu ditanya kenapa baju sama. Sebab lepas abis je makan makan kt office ni terus gerak ke Perakk , Itu jawapannya! :)

Department Workpermit

Ini TANTI ! : )

Ini Vivi , Sabah : )

Ini Eva,Indonesia. Mysenior exec ! : )

Ini Wanie, budak praktikal ; ) Poli Melaka,hee. Sama ngan jambul ?

Ini buah Salak from Indon, tapi wa tak makan la buah pelik pelik ni, so sekadar boleh tengok je la yea! : )

Antara makanan2 yang menjadi perhatian : )

Nyum Nyum, tak tahan kek coklat oreo tu ! : )

Haa, Ini makanan 1 jiwa.Mehh aku kenalkan, tapi aku tk makan pun.Yang kuning tu Nasi Briani Pakistan.Yang Merah tu Nasi Briani Bangladesh.Buah Salak Indonesia.Lemang/Satay/Nasi Impit Malaysia

* ada lagi sebenarnya tapi tk muat pinggan,aku ambik mana yang sempat je lah. haha*

Ini bukan Staff Andaraya ea, Ini salah sorang anak foreigner.

Comel tak? Mix okay, teka ah? Indon plus Bangla ! ; )


Bye!


Perak Town

Finally sampai jua di Perak, bandar kelahiran b : ) Bandar ke kaedahnya? haha, Banyak giler dugaan nak ke sana, last minute plan memang la mcm ni kan..Tapi Alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik, takde la masalah besar mane pun ! yang kecik kecik tu aku cuba tepis sikit sikit lahh. Tujuan ke sane, kawan b kawen. Tahniah Ejal ! Dapat anak ketua kampung ea, hah. Gempak tk gempak budak keramat , ecehh! Ni semua kawan kawan kecik2 la ni, so nak taknak kena lah pegi. Walaupun minggu pertama aku berkerja hari sabtu kan, kalu da lama keje bole la aku buat hal sikit sikit. Ni baru seminggu mane mungkin aku ponteng, nak taknak kena la penat sikit. Takpe kawan punya pasal, lin kan! : ) Besttt

Nampak tu ? Kuala kangsar, tol pertama RM30.
Motif bagitahu, sebab belum gaji lagi. So,kena berkira sikit.
HAHAHAHA.Aku gelak besar ni weh, hee!

Dalam perjalanan, kejap gaduh kejap baik.
Motif ? Sbb dua dua penat baru balik kerja.
Memang aku gelak besar kali kedua la kan,
HAHAHAHAHA

Sampai je sane kenduri pun da abis, tinggal Majlis Potong Kek je.
Haa, aku tk sempat nak bersiap terus ke rumah pengantin .
Sekali lagi la aku gelak besar, HAHA.
Senyum paksa je tu, dalam hati mengamuk2!!

Ini sebahagiannya, selebihnya diluar.

Okay b,jangan buat muka ketat.
Da selamat semuanya kan, tunggu turn kita plak ehh.
Ecehh! -__-


Friday, September 24, 2010

Open house ke Birthday party ?

Oh tidak,open house sana sini nok. Aku bukan ta mahu pegi, mahu sangat tapi takut misi aku tak berjaya plak kan. Hahaha,tapi disebabkan rumah Shaq ni mmg tak penah pergi . Ambik kesempatan lah untuk pegi ;) Okay muka kawan kawan pun da agak berbeda, jangan tanya kenapa ea. Perubahan cuaca namanya, Nak kata aku sombong ? Kau tu apa ? Haha, kekwat lebih kan. Jangan tanya aku apa itu kekwat yea sayang..G rajinkan diri buka kamus dewan bahasa, sebab aku sendiri pun dengar orang cakap, haha!


First sekali thanks kt Lysa sebab kalau tak de dia, aku pun tak dpt makan free :) Haha, sedap okayy! Mak lysa masak, masakan orang jawa memang sedap sedap semuanya. Tetiba teringat kt Nenek ;( Ohh tidak sekali lagi, haha..Bestlah malam tu, happy giler ! Lama dah tak rasa bahagia mcm tu, haish. Mekasih yea Zana :( Rupa rupanya baru tahu yang Zana & Lysa satu tadika ngan aku, agak bengong jugak lah .Dah tua bangka baru kenal kawan setadika dan yang penting sekolah agama pun sama walaupun aku alipbata pun fail. Hahaha! Tettt.

Jom layan gambar gambar perempuan melayu terakhir yang semangat sangat pakai baju kurung padahal tuan rumah pun santai jeh, haha.Kecoh la lu lin!!!


Malam tuh celebrate sekali birthday Lysa , Hee.
Happy Birthday Lysa Darling
Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki & dipercepatkan jodoh.
Yeee ,tak lama jeh lagi. Tahun depan cekmek molek ni da nak jadi bini orang dah!

Hello Birthdayy Girls

Tiuppp -_-

Seisi suap menyuap :)

bukan BFF tapi KSM (kawan sampai mati / mampus)


Sebelum tamatnya riwayat kek ;) Aku memang hantu kek,tapi disebabkan da kenyang yang teramat sangat dapat jamah sikit jeh. Kalu tak, memang da licin da. Tak sempat nak snap picture kek ni . Hahaha, Itu sahaja buat masa nih, esok ada potluck raya plak kt Office. Nanti akan diceritakan kisah kisah di Office baru yea. Byebye semua!!



Sunday, September 19, 2010

MOOOOOOD

Ello ello : )

Esok dah start new job ! Adoi, risaunyaaa ; ) Dengan keadaan kesihatan yang tak stabil skrg ni ,macam mane la esok kan. Nak kata neveous takde lah sangat, nak kata excited pun takde lah sangat. Tak tahulah mood apa benda, tunggu jeh lah esok ! Nanti balik keje aku update ea ! hihi. Aku takde la tamak sangat, aku just harap bos okay, officemate okay, kerja best! tak banyak peraturan sangat pastu kalu boleh, nak online facebook kejap kejap ; ) hee, takde la boringgggg sangat ! : ) kalu tak boleh pun takpe, hihi. Betul ta kesah, janji ada kerja.

Hello Andaraya !
Jumpe esok yeaww !
:D



Rinduuu :'(


P/s : Thanks kat kawan kawan yang wish goodluck for ths mondayy !

Saturday, September 18, 2010

Open Close

Bagi aku gelak besar dulu bole ? HAHAHHAHAHA !
Okay,skrg aku nak gelak kecik pastuuuu nangis . Hee :' (

lin control sikit perut kau yg berlipat lipat tu yea, haha .kesah ? -_-


Tak tahu nak starting macam mane, sepuluh kali aku taip ! sepuluh kali aku delete balik ? hee , Adui,pendekkan cerita jeh lah ea. Aku minta maaf kepada semua sahabat yang jemput aku dtg Open House korang yg aku ta dtg. 5 jemputan telah dicancelkan dan aku ambik keputusan utk tidak pergi mane mane rumah terbuka tersebut .Harap Maklum! Kesudahannya, Open House di Pavilion menjadi pilihan hati , haha ! Tengok gelagat orang ramai plus sales yang ta sudah sudah tu ,dapatlah hilangkan demam aku sikit ! Mekasih yea
okay,ini cousin jauh yang da lama ta jumpe :)
Pidaus nama dia, mai dari Penang, Anak PakNgah !

Lama takde picture ngan bie dalam belog kan, hee :)
Opss, aiskrim tu bukan budak demam punya ea.

Ada org kata lin da bahagia mcm dulu.
Jom b ! tunjuk kt dorang,kite bahagia.eceh ! ; )

Itu sahaja untuk malam ni,penat sangat ! nak tido lahh : )
Goodnite semua ! Byebye.


P/s : Happy Birthday Aina : )

Friday, September 17, 2010

Sakit

Salam Jumaat Semuaaaaaaaa ; )


Okay aku masih tak sehat , masih lemah , masih demam , masih sakit . Oh bukan minta simpati , cuma berharap secebis doa buat mengubati kesakitan ini. Isnin depan sudah mahu mula pekerjaan baru , takkan nak lemah longlai sebegini . Haih ! : ( Sudah ku perkuatkan diri untuk tidak nampakkan diriku sakit,tapi masih sama. Ubat sudah habis aku telan, pantang larang sudah puas aku patuhi tapi masih sama jua. Yang ruginya semua Open House tak dpt nak pergi, mungkin ada yang terasa hati . Maafin ea kawan kawan , kali ni jujur katakan saya tak berdaya : ( Ruginya demam waktu raya begini, makan semua benda hanya rasa satu ; TAWAR !



Segala ubat klinik sudah abis aku makan, tapi demam masih menemani . Risau plak, terus ke Hospital Ampang . Check darah , takut takut denggi plak ! Alhamdulillah doctor cakap demam biasa jeh,tapi mungkin aku tak consistant makan ubat .Itu yang ta baik baik ,banyak main nih! Hee. Thanks to Angah ! dia lah jadi nurse aku sepanjangan kesakitan ini . Kawan kawan mane ? semua lari .Takut berjangkit kott ?? haha, takde ah .Lin sedapkan hati jehh . Ada yang ta pecaya aku demam, tapi takpe . Aku paham, sebab aku kan pelakon . Kalu cakap demam pun org ingat aku badut buat lawak bodoh atas pentas , haha kesian tak ? Ada yang msg nak datang rumah beraya , sorry sayang! Bukan ta nak kasi datang, mood tak mengizinkan & Ada yang msg jemput datang open house , again sorry : ( Kesihatan saya tak mengizinkan.


Orang kata ;
time sakit ni lah baru ingat Allah, time sakit ni lah nak tahu mana kawan , time sakit ni lah nak tahu mana yang lebih hargai kita , time sakit ni lah nak tahu bererti atau tidak hidup ini sebenarnya . Lin, ini semua pengajaran buat kau . Take care sayang !

Wednesday, September 15, 2010

Resident Evil


Petang semalam ,lepas ber-sms dengan Cik Aten syg. Aku buat keputusan untuk join dia tengok wayang dekat Wangsa Walk walaupun tengah demam, HAHA. Buat pertama kalinya aku tengok wayang kt Wangsa Walk dan buat pertama kalinya merasai seat couple itu bagaimana : ) Selalu kalu ke Wangsa Walk tak lain tak bukan, mesti karaoke . Memang takde aktiviti lain disana, haha. Tapi tadi baru aku tahu sana ada bowling dan game, hee. Kesian betul : )

Sementara tunggu cerita tu start ,elok sangat la kite main game dulu. Takde la terasa lama sangatkan, tapi yg ta elok nya game yg menjadi pilihan tuuu. Hahaha : )


Winduu, lama tak lepak : )
Jangan jeles ea yg lain,haha.

Beratur elok elok, snapp ! Hee

Amboi Shamm, over taw pose mcm tu ! : )

Couple seat tapi ngan Sham,tk best betul la.hahaha!


Berape bintang ea nak kasi kt movie ni, hmm :) tak pandai nak menilai lah cerita barat sbb tak minat sangat kot? Hmm,kasi 3 bintang je lahh. Tapi Alice mmg cool giler dalam cerita ni , betul tak tipu !


Okay itu sahaja,nak tido dah. Byee!


Monday, September 13, 2010

Kurang baik

Hello Blogie :)



Rajin tuan kau update kisah kisah dia sekarang ni kan, haha. Apa kes ? Haha, banyak kes sebenarnya. Satu, sebab beraya kt Kl je tk pegi mane mane. Nak beraya umah cousin, rasanya tak rapat sangat ngan sedara mara. Dua, sebab banyak plak idea bila jiwa tengah kacau ni kan. Tiga, takde siapa nak guna broadband jadi aku manfaatkan lah. Empat, sebab lepas ni tak tahu la ada masa ke tak nak update cerita cerita hot kat sini kan! yelah,kerja baru nanti tak tahu la macam mane keadaannya. Hmmm... Nak yang ke kelima ke tak ? Kasi je lah ea, Yang kelima sebab aku taknak blogie ni sunyi mcm tuan dia, so biarlah aku happykan dia dibulan yang mulia ni. Okay blogie sayang, ahaha :)



Aku sendiri tak tahu mood aku macam mane sekarang ni, yang pasti hidung tersumbat dan tekak perit nak mati ; ( Taknak lah demam,Taknak lah tak sehat .Taksuka Taksuka !!


Taknak kebendanyaa, Dah demam da punn! :' (


Angah kata " Kau tak sehat sebab duduk rumah kott! Jom jejalan, Jusco nak? "


Hahaha,perli ke apa kau !






Sunday, September 12, 2010

Jamuan kecik

Raya kedua lepas abah gerak ke Johor , Kami adik beradik da ta terasa raya da. Seperti hari lain lain,start balik ngan rutin seperti biasa. Tapi aku ngan Angah de plan best nak jamu kawan kawan terdekat yang senasib seperti kami . Alaa senasib sebab tak de kampung ler, hee :) Ini bukan open house pun, Majlis keramaian pun bukan ! Hee,kan lebih elok digelar jamuan kecik sebab kiteorang buat ala kadar je, yang dijemput pun ala kadar je. Terima kasih kepada mereka yang sudi datang & kepada yang tidak sudi datang pun ribuan terima kasih ; ) Terasa? g mampus. Haha, apa ni kan raya ! Nanti kita salam raya balik ea, tett!



Macam hodoh lah pulak pakai baju kain kilat ni kan, seriusly lepas ni takmo da pakai baju mcm ni, euww! Nampak gemokk lah,haish! Sebenarnya taknak mengaku badan dah naik. Hahaha : ) Apa pun thanks again kepada yg sudi datang ,walaupun makan tak sesedap mane. Tapi macam boleh tahan la angah masakk kan kan.



P/s : Ini hari ,hari luu der!