Sunday, September 26, 2010

Panjang ceritanyaaaaaa

Kehadapan sahabat sahabat yang dirindui , ahaha.Rindu ke? Rindulahhh.Rasanya ada tak yang menunggu aku update belog yea, hm..Kalu ada mesti nak tahu pasal kerja baru kan kan, haa! Aku tahu dah, okay okay arini aku akan cerita semuanya ! dari A sampai Z . Okay start dengan permulaan kerja yea.Bismillahirohmannirohimm :)


8:00 Am

Bangun ,mandi ,siap & jalan kaki ke Office.Kira-kira 10 minit je dari rumah, itu pun aku jalan lenggang kingkong, kalu jalan laju macam Mei (staff SKVE) sure 5 minit pun tak sampai, haha.


8:45 Am

Sampai office, relax kejap .Kononnya jalan kaki mcm dari Ampang ke Putrajaya, haha.Tepat je jam pukul 9:00 pagi bermula kerja kerja yang berlambak. Okay meh aku cerita kerja apa yang aku buat sebenarnya.Ini yang paling tak sabar nak bgth semua org nih! : )


Aku bahagian WORK PERMIT. Kerja aku renew permit warga asing lah, disebabkan kami ni supply warga asing so aku ni berdepan dengan pelbagai bangsa. Terutama sudah tentu la bangla,haha.Selain tu Myanmar,Indonesia,Filipin,India,Nepal dan banyak lagi lah,penat aku nak sebut. Pastu kerja aku bukan saja kena renew permit & passport,aku jugak kena jaga pekerja pekerja ni, kalu lari kena buat polis report. Kalu dorang ada masalah kena tolong, lebih kepada kebajikan jugak lah. Haha.Masa tu mcm mcm pengalaman aku dpt, bukan sahaja aku dpt ilmu baru tapi aku juga dapat belajar budaya/bangsa lain. Wah gitu lin, bukan Satu Malaysia lagi dah Satu Dunia aku pegang. Hahaha. Disebabkan itu, tiada masa lagi lah aku nak online tak tentu pasal kt laman sosial yg berlambak tu. Alaaa,rindu kwn kwn cyber ku!! Nak kerja lama balik boleh ta? Haha, takde lah. Takkan la kan, giler aku nak tolak peluang baik tok diri aku. Memang tak lah kan! Mungkin aku tak biasa kesibukkan dengan kerja kot, lama lama aku akan biasalah. Kan kan kan , kasi nasihat sikit kawan kawan. Hahahahahaha.


1:00 Pm

Lunch Hour .Berbeza sangat makan kt company lama dengan company baru, terutama bab harga. Memang sangat sangat sangat dan sangat berbeza okay, seriuslly! Kedua, dulu aku makan ngan Mak je. Berdua.. Sekarang makan ramai ramai, satu table de la dapat enam tujuh lapan orang.Haa,bayangkan la beza dia. Haha,best! Ada Indonesia, Ada Sabah, Ada Melayu lama, Ada Melayu baru ,Ada lelaki lembut ,Ada lelaki gagah.Syokkk! Makan kt mane? Haha, jalan kaki juga kaedahnya. Tak kurus jugak tak tahu lah,hee..


2:00 Pm

Start kerja balik, okay banyak kerja kena settle. Buat itu buat ini, taip itu taip ini, cari itu cari ini, check itu check ini. Sedar tak sedar, dah pukul 6:00 petang. Yeahhaaa! Balikk . Aku memang pekerja cemerlang, masuk awal balik pun awal ! Tapi pada permulaan je la ,lepas ni tak berani nak janji yea. Haha! Balik pun jalan kaki, tapi de la selang seli Angah ambik. Gedik dia tu, orang cakap jangan ambik dia ambik gak. Saja je nak rosakkan misi aku. Haha, Bie pun sama eeeeee. Ngadalah dorang ni, aku nak jalan kaki laaa! Please.Kasi chance la sikit aku nak kurus, dengki betul!


Haa,itu je lah. Kerja aku ni nak kata susah tak sebenarnya. Cuma utk permulaan aku kena banyak study sebelum aku buat, sebab kalu aku tk tahu langkah pertama mmg aku tk boleh ke langkah kedua dan seterusnya. So, aku kena mula dari bawah. Sikit sikit lah,tapi genap seminggu kerja ni semua bole handle lagi. De salah satu staff situ pun ckp aku cepat pick up, rasanya takde masalah lah kot. Harap semua boleh terima aku , yea lah buat kali kedua aku kerja. Aku staff paling muda, Oh tidakkk! Tiada lagi rakan sebaya, kesian betul lah. Tapi yang lain tetap okay, beza 2/3 tahun jee! Boleh nak kejar lagi lah, hahaha.Buat masa ini , itu je lah yang nak aku share ngan korang pasal kerja baru ni. Nanti aku update lagi kalu de cite best best yea. Nak tido da, Byebye!


Korang korang korang enjoy picture POTLUCK ANDARAYA kat bawah ni ea, kalu ditanya kenapa baju sama. Sebab lepas abis je makan makan kt office ni terus gerak ke Perakk , Itu jawapannya! :)

Department Workpermit

Ini TANTI ! : )

Ini Vivi , Sabah : )

Ini Eva,Indonesia. Mysenior exec ! : )

Ini Wanie, budak praktikal ; ) Poli Melaka,hee. Sama ngan jambul ?

Ini buah Salak from Indon, tapi wa tak makan la buah pelik pelik ni, so sekadar boleh tengok je la yea! : )

Antara makanan2 yang menjadi perhatian : )

Nyum Nyum, tak tahan kek coklat oreo tu ! : )

Haa, Ini makanan 1 jiwa.Mehh aku kenalkan, tapi aku tk makan pun.Yang kuning tu Nasi Briani Pakistan.Yang Merah tu Nasi Briani Bangladesh.Buah Salak Indonesia.Lemang/Satay/Nasi Impit Malaysia

* ada lagi sebenarnya tapi tk muat pinggan,aku ambik mana yang sempat je lah. haha*

Ini bukan Staff Andaraya ea, Ini salah sorang anak foreigner.

Comel tak? Mix okay, teka ah? Indon plus Bangla ! ; )


Bye!


No comments: