Monday, May 30, 2011

Mbb Members.

Let's me introduce you,


My new Officemate's,Mbb.
Sunday,29th May 2011.
Training for P b c





*dua org yg tiada nama adalah person incharge program tersebut.




Thursday, May 26, 2011

I Accept that.





Thankyou for ur complaint.
Thankyou for everything.
Dun worry, I will remember this.

WhaTheF.


Tuesday, May 24, 2011

Projek kesian

Suatu ketika dulu, dia pernah minta tolong kwn kwn utk melaksanakan impian dia. Memang respond yg diberikan sangat positive, untung dia. Bukan saja famous, tapi semua org bole terima dia seadannya.


Suatu ketika dulu, aku salah seorang daripada 350 peminat yg sudi menjadi pengikut yg setia. Ta ramai yg percaya projek ini akan berjaya, Ta ramai yg yakin akan dapat apa yg mereka belanja. Tapi aku, pedulikan je sbb aku betul betul nak tengok projek ini berjaya.


Suatu ketika yg dulu,kini sudah jadi nyata. Projek kesian sudah berjaya, dan kini tunggu masa sampai ke tangan kwn kwn yg ranap. Seriusly,aku ta sabar nak dengar. Sungguh, aku ta sabar nak melelehkan air mata. Good Job Fynn ! ♥


Suatu ketika dulu, aku pernah kata :

" Jangan kata aku GILA,sbb minat org GILA "



Note for you stalker : I tahu u selalu singgah,dun worry about that.

Sunday, May 22, 2011

Lisaqmi

Jumaat / B.bintang
Biol days,
Disaat saat akhir bersama Cik Lisa,kerana ta lama lagi beliau akan bertukar status. Masing2 ta mahu lepaskan peluang meluahkan perasaan, lama ta karaoke rasanya. Inilah masanya lepaskan emosi emosi yg ternganggu. Kesian Cik Shaq, saaya doakan dia baik baik sahaja masa wedding tu nanti :l && Hope wedding Cik Lisa berjalan lancar,semua tetamu happy sbb ada dayang2 menghiasi pengantin nanti. Yeyyyyy !






Girls,thanks for ths moment :)



Sabtu , Viva.Cheras
Mari menonton Nur Kasih, selepas plan last minute oleh Cik Shaq. Semua sepakat nak tengok dekat Viva (mallbaru) Takde la best sangat,jadi takyah bangga sangat pegi sane. Bosan je! Nasib parking free. Movie pun mcm bodo je rasanya, mmg first and last la jawapannya :) Thanks b, sbb nak tak nak kena jugak dia ikot kemahuan saya. Alhamdulillah,walaupun dia tgok dalam keadaan terpaksa, kesian kesian. Saje buat telelap nak kasi saya mara & kejutkan dia, gedik.

Thanks for everthing,shaq.


Note : Apa maksud tajuk diatas ?



Wednesday, May 18, 2011

Tips


Setiap hari ada je kes kes berunsur pergaduhan dalam facebook,anda perasan? Saya perasan, dan pernah kena batang hidung sendiri juga. Hahaha, yang paling best bila tengok orang mengamuk dan ada sebilang teman rapat menasihati si 'pengamuk' tersebut. Bila kita hayati balik, betapa bahagia nya ada kawan kawan yg sentiasa akan support bila kita jadi mangsa tindasan. Kan? Kepada kwn yg teraniaya, saya mahu berkongsi tips bagaimana mahu handle situasi sebegini :) Jangan salah faham, kalau rasa berguna bole diguna dimasa akan datang. Jommmm !



1) Kalau ada starting dari pihak B, bertenanglah. Cuba set dalam minda, status itu bukan utk kamu. Mungkin utk si C, atau si D ?

2) Kalau kamu rasa ayat ayat pihak B pedas, bersabarlah. Anggap pihak B sebenarnya cuba untuk menunjukkan emosi beliau. Org yg memerlukan perhatian lebih mmg begitu kan?

3) Kalau ada ayat yg tersentuh hati kamu, terasa kecik hati sangat. Tekad lah ,bahawa ini kali terakhir utk kamu membacanya && Ingat jangan sesekali "scoll" ke bawah berkali kali.

4) Kalau kamu rasa ingin membalas kembali, haruslah berfikiran positive. Menegur, menulis dan keluarkan la ayat ayat seperti tiada apa yg berlaku. Bercakaplah seolah2 kamu sedang menasihati beliau sebagai seorang kawan,bukan MENYALAK kembali seperti mereka.

5) Kalau ada yg cuba masuk campur diantara percakapan/perbincangan (status) kamu, cuba abaikan yg mane tidak penting kerna semua itu hanya akan membesar besarkan isu sahaja.


Dan sangat penting utk kita sentiasa yakin dengan apa keputusan yg kita buat. Hingga diakhir sekali, remove / block lahh seandainya emosi kamu tidak mampu dikawal kerna kewujudan pihak B tidak mendatangkan apa apa dalam hidup kamu.

Byebye,Bitch.




Saya pecaya setiap yg berlaku itu ada hikmah disebalikNya. Saya ta kisah, kalau itu yg terbaik buat dia & kalau itu yg ditakdirkan buat saya. Supaya saya lebih menghargai org yg benar benar mahukan saya. Terimakasih



P/s : Cari kesalahan org lain utk menutup kesalahan sendiri,please lah -_-


Tuesday, May 17, 2011

Senyuman terpaksa setiap hari.

Ramainya yg bertanya tanya kan tentang kerja saya.
Baiklah saya ceritakan sedikit yea :)
Siapa sudi mari baca, Siapa tak mau. Bole bla !


Bile kita pergi bank, sekejap je da settle urusan di kaunter kan ? yang lamanya sebab tunggu giliran. Betul ? Itu lah kerja aku, salah seorang teller disebuah bank. Actually, kerja di sektor perbankkan ni tak lahh semudah yang disangka. Tambah lagi, utk pekerja yg bermula dari zero mcm aku mmg sangat sangat susah. Setiap hari, aku dibebani benda benda yg aku ta suka buat, tapi aku kuatkan juga sebab fikir setiap org bermula dari bawah. Kecuali la aku mmg dilahirkan terus jadi anak org kaya kan? Hm..nak taknak, terpaksa lah hadap dengan senyuman setiap hari.


Pagi pagi, pukul 7 pagi da bangun -siap dalam pkul 730 da ready panaskan enjin kereta. Haih,bercintanya la nak drive :( Kalau la bole merempit, kan senang. Nasib la berbaju kurung,kalau ta memang aku da menyelit sane sini. Hello, aku bukan minah rempit yea. Hihiihi .Sampai office dalam pkul 8 pagi, Haa setengah jam je. Sebenarnya 15 minit da bole sampai ,tapi sebab pemandu P macam saya ni mmg la lembab mcm kura kura kan. Hm..nak taknak, terpaksa lah hadap dengan senyuman sekali lagi.


Selalunya sampai aku terus pergi breakfast, tengok keadaan jugak . Tapi jumaat mmg wajib breakfast beramai ramai di Old Town White Coffee.Gitu lin, dulu ta kenal apa itu OTWC. Terpaksala kenal da begaul org mcm tu,erk. Sekali lagi, nak taknak terpaksa la keluar duit makan mahal.Hahaha ! Start kerja pkul 845, bile start kerja start jugak la seisi berlajar. Note bersepah sepah atas meja, kdg kdg kt bwh keyboard pun ada jugak. Haaa, mmg hafal la keje aku kan. Code dia banyak gile, tuhan je yang tahu.


Bile time lunch kena makan sorang2, jadi selalu aku akan tapau makan kat office. Korang pun thu aku ni ta suka makan sorang2 , tk selesa. Life aku mmg dikelilingi kwn kwn yg ramai, bile kena lunch sorang jadi sakai jap. Jadi sebelum aku mental duduk sebelah org yg aku ta kenal then buat buat kenal better aku bungkus makan kt office kan ? dah tentu sejuk je, lepas makan bole main games release tension sikit. Hihihi ! Sampai la masa utk balik 545 ptg, Haih, sekali lagi kena drive and hadap jem. Senyum paksa buat kali terakhir, nak taknak kena jugak.


Dalam apa jua cabaran utk kerja, aku selalu cakap kat diri aku :


" Kalau org lain bole, kenape aku tak bole?
Aku pun makan nasi mcm org lain juga "



Saya selalu nak jadi diantara yg terbaik walaupun kdg kdg saya sendiri ta tahu betul ke ta apa yg saya buat dalam hidup saya. Semua keputusan ditangan saaya, mahu atau tidak saya sendiri tentukan. Jadi, saya hanya mahu menang! Bole?


Yuppp, number one.


Sunday, May 15, 2011

Kong$i

wangsa walk.1.20 am.couple seat with large popcorn.
only you && me




Maaf, Kongsi tidak seperti yg diharapkan.

Itulah status aku kat fb lepas je tengok movie Kongsi *Lu langsi,Lu Mati


Agak frust disitu yea,pelakon pelakon da hebat tapi jalan cerita ta berape nak kemas. Ending pun hancur, hm..Plot plot klaimaks pun mcm ta menjadi je. Mmg banyak persoalan membuatkan aku tertanya tanya .Salah satunya 1) Misi apa yg si tumulak nk jalan kt kl? Untuk apa dia pecah belahkan gengster kat Kl? Dan kwn dia yg lain di India dan Jepun? 2) Kenape plak si Saifuddin bin Saifullah (Polis) tu bole bertomoi ngan tumulak plak? Satu kg ke apa. 3) Kenape ending dia tumulak berjaya ditangkap plak? habis siapa hero dalam cerita ni. Erk..Dan sebenarnya banyak lag, tapi malas la nak komen lebih.Hahaaha

Kalau tengok poster ni betul2 pun ta berape nak kemas.
Siapa setuju angkat tangan macam saya -__-


" KONGSI GELAK LAGU GAPO MU NIH,
BARU CUBIK SIKIK JERIK SUPO PONDEY "



Trailer mmg da gempak abis da, cerita __________ .
Lu fikirla sendiri.

Saturday, May 14, 2011

Lain nak, Lain dapat.

Lain yg wa cari, lain yg wa jumpe.
Sama ta dengan tajuk kat atas tu? lebih kurang la kan,haha.
Haih, da la penat pujuk cik cinta pegi plus parking mahal plak kt Klcc tu.
Nak ta nak masuk jugak la, walau hati confirm sakit punye sbb duit takde.
Hahahaha,padan muka lu lin.

Nak ta nak,da sampai pun.

80% semua pengunjur adalah cina.
Almost all beauty product also from Japan & Korea.

Salah satu khimat lukisan yg disediakan :)

Khimat mengurut pun ada, tapi sorry wa ta suka diurut! :)

Tatoo pun ada , tapi yg ini kena bayar. Opss! sorry. wa ta bole :)

Finally, ini je yg bole :) Haha
Comel ta comel ta?

Thanks ma :')

Yeyyy, jumpe jugak. Rupanya Wedding Expo ni mcm tersorok sikit.
Ye la , KL Convention kan besar nak mampus.

Muka penat sebenarnya, berjalan menahan sakit hati :l

Woooah, terpegun kejap.

Antara kad kad yg ditawarkan :)

Ini banting paling comel wa penah tgok :)
Weee, harga diantara RM280 ke atas !

Balloon, comelnya kalau ada wedding mcm ni.

Taknak komen lebih sbb apa yg nak cari semua ta jumpe . Tahu sebab apa? Sbb expo wedding kat situ semua utk org org golongan tido atas duit. Agak agak faham ta? Hm.. Alaaa utk org berada ler, ye la semuanya beribu ribu harga dia. Makan pun utk khas di hotel, gile ke apa? Macam ta sesuai je wa pegi tengok kan, adoi. Wa cuba ukur baju dibadan sendiri la!! Next time buat research sikit before pegi yea lin, haaa. Belajar la dari pengalaman :)


Note : Survey survey utk org lahh, bukan utk wa.

Oh,please


Selamat Pagi, Sabtu


Saya ta bole bangun dalam keadaaan tersenyum harini, Mimpi buruk plus sweet.Erk? Seberape indah pun ia. Saya tetap rasa ini perasaan paling gampang! :( Itu semua dulu, saya ta mahu da.Saya ta minta da bermimpikan dia.

"Okay lin,jangan emosi sangat. Mimpi hanya mainan tido "

.Ayat mem-positive kan diri sendiri.


Emosi lebih sangat sebab bendera merah plus tetiba mimpi benda yang menyakitkan. Bermula dengan perjumpaan dairy lama ,tah mcm mane bole dapat kat tangan dia. Abis semua dia baca, dari A sampai Z dia tahu isi hati saya :( semua kerja kawan baik sendiri. Jangan paksa saya buat pilihan yg sukar dalam mimpi mimpi mcm ni, nanti saya jadi bebal. Memang ia hanya mimpi, saya minta dijauhkan perkara sebegini. Biarlah saya dan yg mane mane je yg tahu kisah kisah dulu. Takperlu sampai dia tahu, dia bukan milik saya sejak dari dulu.




Note : Dengar dengar yaya nak buat blog :)
Jangan hangat hangat tahi kuda mcm Shamsham da ler.

Wednesday, May 11, 2011

T-Q


Kami sedang berusaha membuktikan 7 tahun 6 bulan bersama adalah sesuatu yg berbaloi untuk hubungan ini. Insya-Allah


I love the way you love me,Thank You.



Tuesday, May 10, 2011

Muara,Klang

Da dua hari da b jadi driver saya,semalam dan hari ini. Terima Kasih yea, bahagia nya hidup kalau setiap hari begini. Hihi! B ta keje,cuti ! cuti sendiri. Harini special sikit, sbb dia bawak jalan jauh sikit. Susah auw dia nak ajak jalan, haa. Jadi ikot kan aja! Rupa rupa nya dia nak ke Muara,Port Klang. Hm, agak menarik tempat dia. Dulu aku penah pegi, tapi da lama da . Itu pun kejap je, sebab ada wedding. Ta abis abis wedding, erk ! Haha, Sayangnya ta sempat nak snap pic masa dinner tu, sebab batery fon abis. Kesian Kesian! Takpe next time pegi lag yea :)

Tapi ta nak bole ta? Takut la tengok treller panjang2 kat sane,euwww.


Fashion rambut baru, haha. Macam ta kena je ? :o

Masih seperti biasa,baru balik kerja :)
*oh ,please abaikan perut kedepan. Itu semua dusta. Angin kuat ah!!*
Hahahahahahaha

Monday, May 9, 2011

Cita & Cinta


Pengarah : Azma Aizal Yusoof


Dah lama ta bercerita pasal drama drama
yg disiarkan kt TV. Kalau ada pun,last sekali kalau ta silap drama Nur Kasih :) Haha, Now!! Dah ada drama fav wajib tonton. Setiap Isnin auw, pukul 830 malam ! Hanya di TV9. Selain drpd jalan cerita yg menarik, aku juga terjatuh cinta seketika ngan pelakon lelaki bakat baru dlm drama ni . Siapa lagi kalau bukan : Izzue Islam , dia ni bukan saja pandai berlakon tapi juga pandai bernyanyi. Haaa,jangan ta tahu dia ni salah seorg artis dibawah naungan KRU Record.

Wah aku dapat info, da mcm laman web gosip artis da. Beautifullin.com! :)
Tetiba kan,hahhahaha


Comel giler kau!

Yang ini pun fav aku dr dulu,eh bukan dulu la.
Sejak sejak kes dia botakkan rambut tu. Haha
I You,amani.

Perasaan ta aku mcm minat lelaki yg ada janggut sikit sikit,
tapi ta mau la yg mcm osama tu :(
HAHA

Sunday, May 8, 2011

Drift


Hello semua. Apa khabar kalian?

Mari aku mau cerita pasal movie movie yg bakal ditayangkan tak lama lagi, perasan ta bulan Mei ni ada banyak movie best best menanti kita dipawagam. Lepas satu, satu lagi datang. Berganti ganti plak tu,kopak ah begduit aku bulan ni. Haih,kesiannya. So Lin, Ready je la yea :) Paling penting aku ta nak terlepas tengok KONGSI , please -_-


Permulaan yg baik utk bulan Mei kali ni kita start dengan cerita aksi : Fast & Furoius 5 ! Secara jujur, aku bukan lah peminat movie omputeh. Tapi disebabkan CikBoyfie, terpaksa jugak la tengok. Nasib best! Berbaloi baloi :) Giler ah kalau dapat rompak duit sebanyak tu, aman je hidup selepas tu. Memang la ending nampak aman, tapi kat akhirat nanti belum tentu lag kau bole seaman tu. Bole? Statement paling ta bole blaaah ah kau. Hahahaha




Aku mau kenalkan MyBaby kat kalian :')
Setelah genap sebulan, aku da ready nak post kat sini.
Mell , aku da tunaikan janji aku yea . Hihihi

Hello, lin friends !


Note : Aku bukan show off lah : )


Saturday, May 7, 2011

Jalan Jalan buang duit


Tajuk kat atas tu mmg ta bole blah, duit takde pun mau berjalan. Lin kan?!


Nak tengok wayang cancel , sbb full ! Sampai midnight okay full. Pecaya ta? Tolong la pecaya. Dahsyat betul penangan Fast & Furious 5 . Jadi nak ta nak , terpaksa la abiskan masa juga di Wangsa Walk. Rasa ta berbaloi plak kalau terus balik, setengah jam kot cari parking. Huh! Serius tekanan, kalau naik motor kan senang :(

Game fav

Mmg boyfie saya ta de baju lain,haha :)

Nyum Nyum :) Ni bukan Tutty Fruity.
Aku ta mampu, jadi makan yg ala ala TF pun jadilah :) Haha

Next, Hot & Roll. Mmg fav

Lepas puas melepak tempat aircon, cari port luar plak. Nak dapat udara segar kt Kl ni mmg susah,jadi kena lah pegi tempat yg tinggi tinggi sikit. Tempat pilihan : Bukit Setiawangsa!

Okay ,snap satu gambar ngan b rambut skema. Haha

Okay,byebye.


P/s : Kau relax je der, wa okay! :)

Friday, May 6, 2011

Mak saya



Selamat Hari Ibu,Mak!


Yin sayang Mak,sayang sangat sangat. Mekasih sbb selalu jadi kawan baik saya. Walaupun cara Mak ta sama dengan cara ibu ibu lain di luar sane,tapi saya tetap anggap Mak paling SPECIAL.Mak org lain ta sama mcm mak saya, dia mmg luar biasa.Yin sayang Mak! :) Ye betul,yin sayang Mak. Jadi lepas ni jangan tanya soalan soalan merepek lag yea.


"Lin da ta sayang Mak yea,"
"Lin sayang Mak ta?"
"Korang semua ta sayang Mak da ke?"

Erk. Maaaa :(



Lin ta pandai masak, tapi hari tu test jugak buat roti telur utk Mak.Sedap ta sedap belakang kira yea, Ta sangka Mak suka. Rupanya Mak suka bukan sbb sedap tapi sbb mak terharu aku yg ta pandai masak ni cuba masakkan utk dia, Hahha :) Alhamdulillah,tercapai aku nak buat Mak happy masa Mothers Day ni. Lepas tu, bwk Mak g makan. Ala makan simple je, $$$ ta banyak. Salahkan Maybank sbb ta kasi gaji! Hahaha

Ini la hasilnya,siap ada ilobyou lagi :)
Nasib ada mayoooonis.Nyum Nyum!


Dikesempatan ni jugak saya nak ucapkan Happy Mothers Day kat semua kwn kwn saya yg sudah bergelar Ibu/Mak/Umi/Bonda/Mama/Mumy atau apa saja,Happy Mothers Day!

Sunday, May 1, 2011

Org kata

Org kata barang yg lepas jangan dikenang,maknanya kalau perasan apa apa persamaan buat buat ta perasan je la yea :) Hahahaha ! Ilobyou. Sorang lagi kawan sekolah telah bergelar isteri,tett. Alhamdulillah, jodoh org kan siapa tahu. Aku? Malas nak cakap,org kata jangan tunggu lama lama tak elok. Org la kata,kalau aku kata. Aku pun taknak tunggu lama,tunggu seru je ni! Bole? Hahaha



1.5.2011 , Ahad.
Taman Ampang Hilir,Ampang.
Majlis Perkahwinan Fariz & Mimi
Tahniah korang :)


Semoga ikatan suci murni ini sentiasa diberkati oleh Allah SWT.
Insya-Allah :)

Lawa betul mimi,nampak la seri pengantin tu : )

Kiteorg ni kalau bergambar sakai sikit,ta sabar2 nak snap picture ngan pengantin.
Haih,kesian pengantin. Sorry yea : )

Lynn , Shaq & Lysa

Lynn, Echa & Lysa

I like this picture so much, terbaik

Yeyy,ada picture kenangan beramai ramai :)
Best best , rasa mcm pandai sekejap bile dok ngan bdk bdk pandai.
Hahaha, fake!


Lepas selesai majlis ,ada la acara meluahkan perasaan seketika :) Terimakasih kwn kwn yg sedia mendengar,takde kesempatan utk kalian bercerita kan. Kesian kesian, musim kali ni wa kongker sorang. Sorry aaaaa , Haha. Lob both of you! Thanks again. Then, balik rumah tunggu cik boyfie bwk pegi Hospital. Bukan aku ah sakit, mau pegi melawat Atok. Org kata kalau org sakit baguslah kita pegi melawat ,selain dapat pahala. Sekurang2 nya dpt la kita meringan kan beban pesakit tu,kasi dia ceria ceria sikit . Org la kata :)


Jadi tiba di Hospital Ampang .

Rupanya da lama Atok kat wad .
"Maaf ye tok,lin ta melawat atok"

Atok & Angah

Atok kesayangan saya :)

Atok mengadu ,banyak kali dia kena cucuk ngan nurse ta bertauliah :(

Kesian Atok,sampai lebam tangan dia :'(


Note : Semoga Atok cepat sembuh. Amin